Monday, June 7, 2010

Seminar teknik menjawab kimia siri 1

salam kepada semua...
Hari ini cikgu ingin memberikan sedikit tip2 teknik menjawab kimia kerana cikgu dapati masih ramai lagi pelajar tidak mendapat markah yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun hari tu disebabkan kecuaian yang mudah. Baik cikgu mulakan dulu dengan

1) Bezakan Pemerhatian dan hasil

ramai pelaja tidak dapat membezakan antara pemerhatian dan hasil.
pemerhatian-ialah apa yang diperhatikan semasa tindakbalas atau sesuatu ekperimen dijalankan.


Hasil - ialah hasil yang terbentuk setelah dijalankan ujian keatasnya.


Contoh:
Apakah yang diperhatikan apabila serbuk marmar ditambah kedalam asid HCl
jawapan betul - gelembung gas/pembuakan gas tidak bewarna terbebas (ini ialah pemerhatian)

jawapan salah - gas carbon dioksida dibebaskan (ini ialah HASIL)


ada faham?

yang kedua...


cikgu juga akan terangkan bagaimana caranya menulis pemerhatian yang betul. Jika melibatkan
1. Pepejal /enapan dihasilkan – mesti dinyatakan warna

2. Gas –mesti nyatakan gelembung gas /pembuakan.
3. Perubahan warna mesti sebut warna asal dan warna akhir

lain-lain contoh?


p/s: silalah berikan komen atau apa-apa cadangan pada bahagian komen. TQ

0 comments:

Post a Comment

i love chemistry © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute