Thursday, June 17, 2010

Ke mana anda selepas SPM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah seminggu cikgu tak update blog ni..seronok betul bercuti kat kampung.Teringat zaman cikgu masa budak-budak dulu tapi sekarang ni dah jadi bapak budak dah.

Posting kali ni adalah berkaitan dengan halaju pelajar selepas tamat SPM. Agak-agak kemana korang akan sambung belajar lepas ni ek?program persedian ke oversea???matrikulasi???diploma???Sijil??? atau dot.dot.dot???

Anyway...korang mesti buat yang terbaik untuk masa depan korang.Korang mesti ingat kat luar sana korang mesti bersaing untuk mendapat tempat sambung belajar kat U.Kena bersaing dengan pelajar yang hebat-hebat dari sekolah lain...negeri lain...MRSM...SBP dan ramai  lagi lah...Yang terbaik dikalangan terbaik sahaja akan yang akan terpilih.so....Korang kena usaha betul-betul kerana peluang hanya datang sekali sahaja.

Cikgu akan senaraikan syarat kemasukan ke program asasi/matrikulasi untuk rujukan korang supaya lepas ni tak ada pelajar yang dapat markah rendah nanti.










 Program Matrikulasi KPM













KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
1. Jurusan Sains (M001)
  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • 4B Matematik
  • 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
2.  Jurusan Perakaunan (M003)
  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • 7D Matematik Tambahan
  • 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
3. Aliran Teknikal (M007)
  • 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
  • 4B Matematik
  • 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan






    untuk maklumat pusat asasi/latihan berkemahiran tinggi pelajar boleh klik pada link yang cikgu bagi kat bawah tu...





    1.   Asasi Sains pertanian UPM
    2.  Asasi Sains UM
    3.  Asasi Sains UiTM
    4. Asasi Sains UIAM
    5. Asasi Uni. Teknologi Petronas
    6. Instep Petronas (comfirm kerja dengan petronas)
    klik sini...untuk maklumat lanjut bagi semua program lepasan spm (termasuk persedian luar negara)

    0 comments:

    Post a Comment

    i love chemistry © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute