Salam
Profil saya
Berita Harian Online
Kategori
- nota form 4 (12)
- Nota form 5 (9)
- Teknik Menjawab Kimia (2)
- Tip spm (2)
- koleksi soalan spm (2)
- Markah Ujian (1)
- Midyear exam 2010 (1)
- Motivasi (1)
- Soalan peperiksaan form 4 (1)
- bahan kelas tambahan (1)
TOPIC FORM 4
- Chapter 1: Introduction of chemistry
- Chapter 2: Matter and Substances
- Chapter 3: Chemical Formula and Equation
- Chapter 4: Periodic Table
- Chapter 5: Chemical Bonding
- Chapter 6: Electrochemistry
- Chapter 7: Acid and Base
- Chapter 8: Salts
- Chapter 9: Manufactured in Industry
TOPIC FORM 5
Kiriman terbaru
Akhbar Utama
ANDA PELAWAT KE
Pengunjung
FACEBOOK FANPAGES
Kiriman popular
-
State of Matter2 Glogster: Solid Glogster 2: Liquid Gas Glogster: State of matter
-
Chemical Formula2
-
Tajuk: Anion and Cation -Untuk sebatian dalam leburan(tanpa air) hanya ions bahan tersebut sahaja wujud contoh: molten sodium chloride :....
-
Koleksi soalan percubaan kimia SPM 2011 SBP 2011 : Paper1_Paper2_Paper3_Answer Kedah 2011 : Paper1_Paper2_Paper3_Answer Terengganu 2011...
-
Nota kadar tindakbalas.Harap dapat membantu kefahaman anda Rate of reaction View more presentations from sulaimanmohd80 .
Followers
Tuesday, June 29, 2010
Muaturun koleksi soalan pertengahan tahun 2010
Kepada pelajar yang nak download soalan kimia pertengahan tahun dari negeri-negeri lain bolehlah muaturun dengan klik pada link yang diberi
PAHANG
form 5:
soalan: K1,K2,K3
skema:K1,K2,K3
form 4:
soalan: K1,K2,K3
skema: K1,K2,K3
TERENGGANU
Kimia - [K1] [K2] [K3
Sila buat dulu yang ni nanti cikgu akan uploadkan soalan dari negeri lain dari masa ke semasa.
SELAMAT MENCUBA!
Wednesday, June 23, 2010
TMK siri 2
kita bersambung lagi mengenai teknik menjawab kimia. Kali ni cikgu akan fokuskan kepada aspek-aspek berikut:
1. Persamaan Kimia
Biasanya pelajar gagal membezakan antara
- persamaan tindakbalas
- persamaan setengah
-persamaan ion
(lihat contoh dalam slide untuk membezakan ketiga-tiga persamaan kimia diatas)
Pelajar juga tidak dapat menulis persamaan dengan seimbang
2.Gambarajah/radas tindakbalas
Antara kesalahan paling banyak dilakukan oleh pelajar ialah:
- pelajar melukis gabus/penyumbat terlalu jauh kedalam tabung uji/dibawah aras mulut bekas
- gambarajah yang dilukis tidak berlabel
- larutan tidak dilorek
- tidak melukis alat sokongan(retort stand)pada tabung uji dan sebagainya.(yang ni kes luar biasa sebab tabung uji boleh berdiri sendiri..bela hantu raya ko?)
3. Menyatakan warna mendakan/larutan dengan tidak tepat contohnya:
bromine water - brown colour (betul)
bromine water - chocolate colour (salah)
4. Tidak menghuraikan kaedah yang tepat bagaimana ujian dilakukan keatas gas
- pelajar mesti menyatakan perlakuan-perlakuan penting - mesti ada perkataan placed (dekatkan) kayu uji menyala/berbara
5. Tidak menyatakan kuantiti yang sesuai.Pelajar harus nyatakan kuantiti bahan yang digunakan contoh
- 10 ml sodium thiosulphate ditambah ke dalam....
- 5 ml sulphuric acid 0.5 mol dm-3 ditambah (jika asid -nyatakan kepekatan dan isipadu yang diguna)
rasanya sampai sini aje..nanti kita sambung lagi..
Kimia Itu Mudah Insy A+
Thursday, June 17, 2010
Ke mana anda selepas SPM?
Sudah seminggu cikgu tak update blog ni..seronok betul bercuti kat kampung.Teringat zaman cikgu masa budak-budak dulu tapi sekarang ni dah jadi bapak budak dah.
Posting kali ni adalah berkaitan dengan halaju pelajar selepas tamat SPM. Agak-agak kemana korang akan sambung belajar lepas ni ek?program persedian ke oversea???matrikulasi???diploma???Sijil??? atau dot.dot.dot???
Anyway...korang mesti buat yang terbaik untuk masa depan korang.Korang mesti ingat kat luar sana korang mesti bersaing untuk mendapat tempat sambung belajar kat U.Kena bersaing dengan pelajar yang hebat-hebat dari sekolah lain...negeri lain...MRSM...SBP dan ramai lagi lah...Yang terbaik dikalangan terbaik sahaja akan yang akan terpilih.so....Korang kena usaha betul-betul kerana peluang hanya datang sekali sahaja.
Cikgu akan senaraikan syarat kemasukan ke program asasi/matrikulasi untuk rujukan korang supaya lepas ni tak ada pelajar yang dapat markah rendah nanti.
KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK
- 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
- 4B Matematik
- 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
- 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
- 7D Matematik Tambahan
- 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
- 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
- 4B Matematik
- 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan
- Asasi Sains pertanian UPM
- Asasi Sains UM
- Asasi Sains UiTM
- Asasi Sains UIAM
- Asasi Uni. Teknologi Petronas
- Instep Petronas (comfirm kerja dengan petronas)
Thursday, June 10, 2010
bahan kelas tambahan
tajuk yang cg ajar hari ini ialah:
i) Reactivities series of metal
ii) position carbon in reactivity series
iii) position hydrogen in reactivities series
Kepada mana-mana pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas tambahan yang telah cg buat, korang boleh download bahan dengan klik pada klik sini...
hari ini cg belanja makan roti gardenia + kaya jer....
yum...yum....punya la lapar sampai habis di makan....
ishhh 3x ....anak sapa la kebulur tu?
kepada mana-mana pelajar yang x datang cikgu xkan ulang dalam kelas...korang boleh tanya member yang datang....sebarang kemusyikan tidak akan dilayan.
Monday, June 7, 2010
Seminar teknik menjawab kimia siri 1
salam kepada semua...
Hari ini cikgu ingin memberikan sedikit tip2 teknik menjawab kimia kerana cikgu dapati masih ramai lagi pelajar tidak mendapat markah yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun hari tu disebabkan kecuaian yang mudah. Baik cikgu mulakan dulu dengan
1) Bezakan Pemerhatian dan hasil
ramai pelaja tidak dapat membezakan antara pemerhatian dan hasil.
pemerhatian-ialah apa yang diperhatikan semasa tindakbalas atau sesuatu ekperimen dijalankan.
Hasil - ialah hasil yang terbentuk setelah dijalankan ujian keatasnya.
Contoh:
Apakah yang diperhatikan apabila serbuk marmar ditambah kedalam asid HCl
jawapan betul - gelembung gas/pembuakan gas tidak bewarna terbebas (ini ialah pemerhatian)
jawapan salah - gas carbon dioksida dibebaskan (ini ialah HASIL)
ada faham?
yang kedua...
cikgu juga akan terangkan bagaimana caranya menulis pemerhatian yang betul. Jika melibatkan
1. Pepejal /enapan dihasilkan – mesti dinyatakan warna
2. Gas –mesti nyatakan gelembung gas /pembuakan.
3. Perubahan warna mesti sebut warna asal dan warna akhir
lain-lain contoh?
p/s: silalah berikan komen atau apa-apa cadangan pada bahagian komen. TQ
Saturday, June 5, 2010
7 Langkah Mencapai Matlamat
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille
Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan.
Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:
1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin
Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api! InsyaAllah.
2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.
3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Akan Mencapai Matlamat Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.
4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda. Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu
6. Tangani Halangan
1) Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu. adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran. Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.
Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.
petikan dari Taidin Suhaimi
Friday, June 4, 2010
Markah Ujian Pertengahan Tahun
salam......
Kepada yang berjaya dapat A+/A/A-
Tahniah cg. ucapkan.Teruskan dan kekalkan kecemerlangan anda.Stay focus dan lipat gandakan usaha anda. Jangan terbuai dengan kejayaan ini.Buktikan pada diri dan ibubapa anda bahawa anda seorang yang boleh diharapkan dan dibanggai.Cuba bayangkan kalau korang dapat result macam ni masa SPM nanti.Yahoo.....andalah orang yang paling beruntung. Good Luck and all d best.
Yang dapat markah sederhana....
Teruskan usaha anda.Ingat matlamat korang.Takkan budak-budak sains dapat result macam ni.Korang sepatutnya dan selayaknya dapat markah yang lebih baik. Jadikan markah yang korang dapat ni sebagai batu loncatan untuk dapat result yang lebih baik lagi nanti masa SPM.Korang kena percaya yang korang berhak dapat result yang bagus dalam kimia.
Yang GAGAL??????
Cg hanya dapat membantu korang hanya 5% sahaja selebihnya korang kena bantu diri sendiri.Kita yang akan mencorakkan masa depan kita.Cg percaya korang sebenarnya setanding dengan kawan-kawan lain cuma korang perlu lebih bersemangat.lebih berusaha supaya setanding dan lebih baik daripada rakan-rakan yang lain.Masih belum terlambat untuk dapat A dalam kimia selagi kamus putus asa tiada dalam fikiran anda.
Dari Cg:
"AKU BUKANLAH BODOH SEPERTI DISANGKA TETAPI JIKA BERUSAHA LEBIH DARI APA YAND DIJANGKA"
"BERUSAHALAH DAN BUKTIKAN PADA DIRI ANDA DAN ORANG LAIN"
Thursday, June 3, 2010
Kelas tambahan cuti sekolah
Makluman kepada semua pelajar 5RK SMKSM
Cikgu akan buat kelas tambahan untuk korang pada:
Tarikh: 10 Jun 2010
Masa: 8.30-10.30 pagi (2 jam jer)
Tempat: Makmal kimia
Yuran : Percuma (kat luar RM 50).
Pastikan korang semua lengkapkan modul kimia F5 untuk disemak dan ditanda
Kehadiran wajib.