Thursday, August 19, 2010

Salam ramadhan

assalamualaikum dan salam ramadhan untuk semua...

Alhamdulillah marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran kerana pada tahun ini kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk memuliakan bulan yang penuh barakah ini dengan aktiviti yang bermanfaat dan bagi seorang pelajar inilah antara bulan yang mustajad untuk berdoa. Usaha tanpa doa adalah orang yang sombong, doa tanpa usaha adalah orang yang malas dan usaha dan disertakan doa adalah orang yang berjaya.

Peperiksaan SPM sudah makin hampir dan tentunya ramai pelajar diluar sana resah dan gelisah, bimbang...takut...dan tidak kurang pula sebahagian pelajar masih lagi tidak mengambil sikap tidak endah.

Belajar dalam bulan ramadhan

Bagi pelajar inilah bulan yang boleh kita jadikan platfom untuk lebih berusaha kerana cikgu berpendapat bahawa banyak kebaikan yang terhidang didepan mata kita yang mana kalau kita bijak memanfaatkanya.Contoh:
1. Pelajar boleh datang ke sekolah lebih awal kerana tidak perlu tidur selepas bersahur.Ini akan memberikan tenaga dan semangat baru untuk belajar.
2. Tidak akan berlku lewat ke sekolah kerana kita bangu awal.
3. Kita makan sahur jam 5.00 - 5.30 pagi.Ambil peluang untuk mengulangkaji pelajaran selepas bersahur dan sebaiknya sembahyanglah hajat terlebih dahulu.

semua pelajar seharunya mengambil kesempatan menggembleng tenaga dan usaha untuk menggunakan kedatangan bulan ramadhan untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan lebih cemerlang. Janganlah sesekali mengambil kesempatan untuk memberi alasan mengerjakan ibadah puasa sehingga menyebabkan pelajar tertinggal dalam pelajaran.
 

0 comments:

Post a Comment

i love chemistry © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute