Tuesday, August 24, 2010

Chemical for consumer

Salam....

Alhamdulillah semua topik untuk kimia tingkatan 5 telah semuanya kita bincangkan.Pada entry kali ini cikgu ingin fokuskan kepada tajuk sabun dan detergent kerana ianya merupakan soalan yang kerap ditanya dalam spm.Pelajar seharusnya dapat mengenalpasti:
1.Preparation of soap(saponification process)
video 1





video 2:

2. bahagian pada molekul sabun.Lihat gambar dibawah




head -hydrophilic part iaitu larut dalam air dan bercas negative (terdiri daripada COO-)
tail -hydrophobic part iaitu larut dalam minyak(grease)(terdiri daripada rantai hydocarbon yang panjang)
Dalam bahagian ini juga pelajar harus dapat membezakan antara struktur sabun dan detergent.


3. Cleansing action of soap and detergent:
Dalam bahagian ini pelajar harus mengetahu bagaimana tindakan sabun dan detergent dalam aktiviti pembersihan.Antara soalan yang kerap ditanya ialah


"Why cleansing action of soap not effective in hard water than detergent"?
Jawapannya:
dalam "hard water" mengandungi ion magnesium dan calcium.Sabun akan membentuk mendakan tidak larut yang dikenali kekat (scum) apabila berada dalam hard water.Ini menyebabkan kekat tersebut akan melekat pada permukaan baju dan susah untuk ditanggalkan.Manakala detergent tidak bertindakbalas dengan ion Mg dan Ca.
contoh persamaan:
 long chain carbon--COO- + Mg2+ ...> long chain carbon---COOMg (scum)

*Kekat (scum) boleh diperhatikan pada permukaan kolar baju kebiasaanya bewarna kuning atau kelabu.

"Why soap not effective in acidic water"?
because anion from soap will react with hydrogen ion in acidic solution to form carboxylic acid

             long chain carbon--COO- + H+ ...> long chain carbon---COOH (carboxylic acid)

rasanya cukup sampai sini kita akan bersambung lagi.Nota untuk tajuk ini telah diuploadkan.selamat mendownload.


Thursday, August 19, 2010

Salam ramadhan

assalamualaikum dan salam ramadhan untuk semua...

Alhamdulillah marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran kerana pada tahun ini kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk memuliakan bulan yang penuh barakah ini dengan aktiviti yang bermanfaat dan bagi seorang pelajar inilah antara bulan yang mustajad untuk berdoa. Usaha tanpa doa adalah orang yang sombong, doa tanpa usaha adalah orang yang malas dan usaha dan disertakan doa adalah orang yang berjaya.

Peperiksaan SPM sudah makin hampir dan tentunya ramai pelajar diluar sana resah dan gelisah, bimbang...takut...dan tidak kurang pula sebahagian pelajar masih lagi tidak mengambil sikap tidak endah.

Belajar dalam bulan ramadhan

Bagi pelajar inilah bulan yang boleh kita jadikan platfom untuk lebih berusaha kerana cikgu berpendapat bahawa banyak kebaikan yang terhidang didepan mata kita yang mana kalau kita bijak memanfaatkanya.Contoh:
1. Pelajar boleh datang ke sekolah lebih awal kerana tidak perlu tidur selepas bersahur.Ini akan memberikan tenaga dan semangat baru untuk belajar.
2. Tidak akan berlku lewat ke sekolah kerana kita bangu awal.
3. Kita makan sahur jam 5.00 - 5.30 pagi.Ambil peluang untuk mengulangkaji pelajaran selepas bersahur dan sebaiknya sembahyanglah hajat terlebih dahulu.

semua pelajar seharunya mengambil kesempatan menggembleng tenaga dan usaha untuk menggunakan kedatangan bulan ramadhan untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan lebih cemerlang. Janganlah sesekali mengambil kesempatan untuk memberi alasan mengerjakan ibadah puasa sehingga menyebabkan pelajar tertinggal dalam pelajaran.
 
i love chemistry © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute