Friday, May 28, 2010

Terima Kasih Cikgu



Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari guru pada semua insan yang bergelar pendidik seluruh seantaro dunia. Apakah yang korang buat setiap kali hari guru?bagi wish kat cikgu kot atau bagi hadiah kat cikgu?Untuk teman-teman guru korang dapat banyak tak hadiah dari students korang?cikgu yang dapat banyak hadiah mestilah cikgu yang glamour yang tak dapat hadiah tu erm..emmp paham-paham la.

Cikgu mengucapkan terima kasih pada budak2 SMK seri Mahkota yang bagi hadiah kat cikgu.Ingat jugak budak-budak tu kat aku.



Sepanjang 6 tahun aku menjadi cikgu tiap-tiap kali 16 mei mesti penuh mesej budak-budak hantar tapi kalau nak compare dengan wife aku.... memang kalah la aku ni....itu buat aku jeles tu.

Tahun ini aku tak berapa faham la kenapa di buatnya gotong royong sempena sambutan hari guru.Nak buat kelainan la konon kot..tak faham aku dengan gomen ni.

Tahun ni aku tak dapat banyak hadiah dari budak-budak berbanding tahun lepas anyway aku tak kecik hatipun coz aku memang ihklas nak mengajar diorang.Diorang nak bagi ke... tak nak ke...itu hak budak-budak.Tapi ada member-member yang komplem budak-budak sekarang tak tahu nak hargai cikgu tak macam budak-budak dulu.Kalau difikirkan memang tak dinafikan.Budak-budak sekarang memang tak tahu nak hargai cikgu terutamanya budak-budak yang rasa dirinya pandai walaupun hakikatnya mereka tak pandai.

Antara Hadiah yang aku dapat

0 comments:

Post a Comment

i love chemistry © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute