Salam
Profil saya
Berita Harian Online
Kategori
- nota form 4 (12)
- Nota form 5 (9)
- Teknik Menjawab Kimia (2)
- Tip spm (2)
- koleksi soalan spm (2)
- Markah Ujian (1)
- Midyear exam 2010 (1)
- Motivasi (1)
- Soalan peperiksaan form 4 (1)
- bahan kelas tambahan (1)
TOPIC FORM 4
- Chapter 1: Introduction of chemistry
- Chapter 2: Matter and Substances
- Chapter 3: Chemical Formula and Equation
- Chapter 4: Periodic Table
- Chapter 5: Chemical Bonding
- Chapter 6: Electrochemistry
- Chapter 7: Acid and Base
- Chapter 8: Salts
- Chapter 9: Manufactured in Industry
TOPIC FORM 5
Kiriman terbaru
Akhbar Utama
ANDA PELAWAT KE
Pengunjung
FACEBOOK FANPAGES
Kiriman popular
-
State of Matter2 Glogster: Solid Glogster 2: Liquid Gas Glogster: State of matter
-
Chemical Formula2
-
Tajuk: Anion and Cation -Untuk sebatian dalam leburan(tanpa air) hanya ions bahan tersebut sahaja wujud contoh: molten sodium chloride :....
-
Koleksi soalan percubaan kimia SPM 2011 SBP 2011 : Paper1_Paper2_Paper3_Answer Kedah 2011 : Paper1_Paper2_Paper3_Answer Terengganu 2011...
-
Nota kadar tindakbalas.Harap dapat membantu kefahaman anda Rate of reaction View more presentations from sulaimanmohd80 .
Followers
Monday, May 31, 2010
Aku keciwa
salam semua pelajar 5RK
cikgu nak tanya macamana dengan exam kimia pertengahan tahun hari tu? dapat jawab ke tak? agak2 target yang cikgu suruh korang isi dalam fail tercapai ke tak? kepada yang dapat jawab dengan baik tahniah cikgu ucapkan.nanti cikgu akan bagi token.tungguuuuuuu.....
sebenarnya kimia ni taklah susah sangat tapi tak senang jugak.
Apa yang penting?
kena usaha, buat kerja sekolah, buat latihan, study group and baca sokmo dan jangan malas. kalau malas gak… unta padang pasir yang disediakan makanan pun akan mati..
makanan dah ada tapi malas nak suap… so aper citer? mati jugakan?
cuti sekolah nanti study all out topik topik yang korang rasa sukar.jangan pulak ternak tahi mata je memanjang.korang kena ingat SPM dah dekat.
"SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN PADAN MUKA KORANG"
dan jangalah pulak cuti sekolah kerjanya besarkan badan je..nanti jadi macam ni!!!
cikgu baru je habiskan tanda paper kimia 3.Cikgu keciwa sebab kebanyakan pelajar cikgu hanya dapat dalam average markah 20 lebih saja.Mak2 dan bapak mentor pun tak perform dengan baik.lebh kurang sama je dengan markah anak didik.Apa dah jadi ekk?
Banyak careless berlaku yang sepatutnya korang tak sepaptutnya buat.nanti cikgu buat bedah siasat after school break nanti.Satu lagi baru cikgu terfikir... kenapa ek? Si Baizura tu tiap kali exam mesti tido?ada sape-sape boleh jawab?neaxt time cikgu akan upload kan gambar dia tido baru gempak satu malaysia beb...
Markah keseluruhan akan cikgu uploadkan masa cuti sekolah nanti.korang tunggu la berapa markah yang korang bakal dapat nanti.
sape-sape yang gagal cikgu nak denda nanti.korang tunggu lah penangan maut dari cikgu leman!
oklah cikgu chow dulu.selamat bercuti.Chuppssss!!!!
Pesan cikgu:
1.Kelas tambahan kimia masa cuti(lihat notice board kat bawah)
2.Buat semua latihan perfect score modul 2 (tajuk elektrokimia dan redox.)
wassalam....
Friday, May 28, 2010
Terima Kasih Cikgu
Masih tidak terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari guru pada semua insan yang bergelar pendidik seluruh seantaro dunia. Apakah yang korang buat setiap kali hari guru?bagi wish kat cikgu kot atau bagi hadiah kat cikgu?Untuk teman-teman guru korang dapat banyak tak hadiah dari students korang?cikgu yang dapat banyak hadiah mestilah cikgu yang glamour yang tak dapat hadiah tu erm..emmp paham-paham la.
Cikgu mengucapkan terima kasih pada budak2 SMK seri Mahkota yang bagi hadiah kat cikgu.Ingat jugak budak-budak tu kat aku.
Sepanjang 6 tahun aku menjadi cikgu tiap-tiap kali 16 mei mesti penuh mesej budak-budak hantar tapi kalau nak compare dengan wife aku.... memang kalah la aku ni....itu buat aku jeles tu.
Tahun ini aku tak berapa faham la kenapa di buatnya gotong royong sempena sambutan hari guru.Nak buat kelainan la konon kot..tak faham aku dengan gomen ni.
Tahun ni aku tak dapat banyak hadiah dari budak-budak berbanding tahun lepas anyway aku tak kecik hatipun coz aku memang ihklas nak mengajar diorang.Diorang nak bagi ke... tak nak ke...itu hak budak-budak.Tapi ada member-member yang komplem budak-budak sekarang tak tahu nak hargai cikgu tak macam budak-budak dulu.Kalau difikirkan memang tak dinafikan.Budak-budak sekarang memang tak tahu nak hargai cikgu terutamanya budak-budak yang rasa dirinya pandai walaupun hakikatnya mereka tak pandai.
Antara Hadiah yang aku dapat
Wednesday, May 26, 2010
SALAM PERKENALAN
Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini.Ini merupakan blog pertama saya yang mana saya khaskan untuk semua pelajar yang mengambil subjek kimia.Semoga dengan adanya blog ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam subjek ini.Akhir kata semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Kimia Itu Mudah InsyaAllah A+ (K.I.M.I.A)
Subscribe to:
Posts (Atom)